Rabu, 26 Februari 2014
Browse »
home»
13
»
dalam
»
orang
»
rambang
»
tembakan
»
terbunuh
»
13 Orang Terbunuh Dalam Tembakan Rambang

13 Orang Terbunuh Dalam Tembakan Rambang

SEORANG bekas anggota simpanan Tentera Laut Amerika Syarikat semalam melepaskan tembakan rambang di tengah Washington membunuh 12 orang.
Dia kemudian turut berbalas tembakan dengan anggota polis sebelum ditembak mati.
Polis mengenalpasti identiti penembak ialah Aaron Alexis berusia 34 tahun dari Texas merupakan seorang kontraktor tentera berhenti dari menjadi tentera laut pada 2011.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini berharap orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut dan mengenali suspek agar memaklumkannya kepada FBI.
Maklumat yang diperolehi setakat ini menunjukkan Alexis merupakan seorang tentera yang penuh dengan masalah disiplin dan juga pernah ditahan tetapi tidak didakwa di Texas selepas dia dikatakan menembak siling di rumahnya sendiri.
“Setiap maklumat dikira berharga oleh kami, kami melihat untuk mengetahui segala-galanya tentang pergerakan, kenalannya dan juga rakan-rakannya,” kata Penolong Pengarah di pejabat FBI Washington Valerie Parlave.
FBI turut menyebarkan gambar Alexis, seorang warga kulit hitam yang mempunyai kemahiran Juruelektrik Penerbangan Kelas 3 dan pernah bertugas di bahagian sokongan logistik di Forth Worth, menurut tentera laut.
Dia dikatakan mempunyai minat mendalam kepada agama Buddha.
Setakat ini, pihak berkuasa menolak kemungkinan ia adalah satu serangan pengganas bagaimanapun dan motif serangan dilakukan sedang disiasat.
Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mengarahkan bendera Amerika dikibarkan separuh tiang ibu negara Amerika itu sebagai penghormatan kepada mereka yang terbunuh.
Obama yang menggelarkan serangan itu sebagai ‘tindakan penakut’ dukacita kerana Amerika terpaksa berdepan sekali lagi dengan insiden tembakan rambang.
Bagi Datuk Bandar Washington Vincent Gray, beliau mengumumkan angka kematian ialah 13 orang dengan 12 lagi cedera termasuk seorang anggota polis.
Laporan media menyebut suspek bersenjatakan selaras raifal dan mengurung dirinya sendiri di dalam sebuah bilik di bangunan ibu pejabat Pusat Maklumat Tentera Laut.
Selepas tembakan pertama dilepaskan pada pukul 8.20 pagi waktu tempatan, anggota polis tiba tiga minit kemudian dan berbalas tembakan dengan suspek.
Sumber : Channel News Asia
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar