Rabu, 12 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » GAMBAR Polis Dibunuh Mana Peguam PKR

GAMBAR Polis Dibunuh Mana Peguam PKR



DATUK A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang bersama pegawai dan anggota Kontinjen Pulau Pinang menziarahi keluarga Allahyarham Kpl 147723 Zul Azri Abdul Samad yang telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas.

Allahyarham yang bertugas di Kontinjen Melaka dipercayai diserang dengan objek keras di bahagian muka dan kepala dengan menggunakan batu oleh penyerang hingga menyebabkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika serbuan Ops Lejang di sebuah kilang besi buruk di Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Gelugor Pulau Pinang malam tadi.

Mana peguam-peguam PKR yang selama ini begitu GALAK DAN LANTANG membela penjenayah??

Adakah kerana dia polis maka dia tak layak untuk mendapat pembelaan daripada anda?

Tepuk dada, tanya selera.






Tidak ada komentar:

Posting Komentar